Wednesday, January 4, 2012

Baucer Buku RM200

Sedikit maklumat mengenai pemberian Baucer Buku RM200:-

1) Setiap pelajar politeknik yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

2) Baucar ini sah digunapakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

3) Baucer ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal,majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai;

4) Pelajar boleh menggunakan baucer ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini (pameran buku akan diadakan selepas pelajar mendapat baucer oleh unit perpustakaan);

5) Terdapat cop rasmi IPT/sekolah pada baucar yang akan diagihkan kepada para pelajar;

6) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

7) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

8) Pelajar hanya boleh menebus baucar buku 1Malaysia di premis jualan yang mempunyai logo .

No comments:

Post a Comment