Kertas tugasan boleh didownload disini. Tugasan perlu dihantar pada/sebelum 14 Jun 2012
Read More ..Saturday, June 9, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2011
Saturday, April 28, 2012
Saturday, April 7, 2012
Assingment 3
Assignment 3 boleh di download disini. Sila hantar pada 12hb April 2012
Read More ..Saturday, March 10, 2012
Sunday, February 19, 2012
DKE5B & DKE5D - Tugasan 2
Tugasan 2 boleh didownload disini. Sila hantar pada 26hb. Februari 2012
Read More ..Sunday, February 12, 2012
Saturday, February 11, 2012
Nota Bab 3 (sambungan)
Sila download nota tambahan (sambungan) bagi bab 3 disini
Read More ..Saturday, February 4, 2012
Monday, January 30, 2012
Kursus PIC microcontroller
Kursus PIC microcontroller khusus untuk pelajar semester 5 akan diadakan pada bulan Mac 2012. Ianya sangat penting untuk pelaksanaan projek semester akhir. Sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan En. Noordin bin Omar. Siapa cepat dia dapat. Iklan kursus ada ditampal dipapan kenyataan projek dan website projek
Read More ..Friday, January 13, 2012
DKE5B & DKE5D - Tugasan 1
Tugasan 1 boleh didownload disini Tarikh hantar adalah pada/sebelum 25/1/2012 jam 10 pagi
Read More ..Wednesday, January 4, 2012
Baucer Buku RM200
Sedikit maklumat mengenai pemberian Baucer Buku RM200:- 1) Setiap pelajar politeknik yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping. 2) Baucar ini sah digunapakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012. 3) Baucer ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal,majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai; 4) Pelajar boleh menggunakan baucer ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini (pameran buku akan diadakan selepas pelajar mendapat baucer oleh unit perpustakaan); 5) Terdapat cop rasmi IPT/sekolah pada baucar yang akan diagihkan kepada para pelajar; 6) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut; 7) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan; 8) Pelajar hanya boleh menebus baucar buku 1Malaysia di premis jualan yang mempunyai logo .
Saturday, December 31, 2011
Amali 1
Bagi sesi amali 1, sila print prekara-perkara berikut:
1. Litar skimetik
2. Susunatur komponen
3. Lab Sheet 1
4. Panduan pemarkahan
Friday, December 23, 2011
Jadual waktu sesi Dis 2011
Dilampirkan jadual waktu saya untuk sesi Dis 2010 bagi memudahkan pelajar yang ingin berurusan dengan saya.
Friday, December 16, 2011
Utusan Malaysia Online - Berita Utama
1.3 juta pelajar layak terima baucar buku RM260 juta
PUTRAJAYA 16 Dis. – Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.
Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan pun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.
“Semua pelajar warga Malayasia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA/S), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.
“Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi kementerian tersebut di sini, hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.
Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.
Read More ..Tuesday, December 6, 2011
Sunday, December 4, 2011
Keputusan Peperiksaan
Tarikh Rasmi Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi JUN 2011 akan diumumkan pada 12 Disember 2011. Pelajar boleh menyemak keputusan peperiksaan masing-masing melalui laman web PKB mulai tarikh tersebut. Pelajar dikehendaki mencetak 'Slip Keputusan Peperiksaan' masing-masing di Laman Web PKB pada menu 'Terkini' atau 'Menu Pelajar'-'Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi JUN 2011'.'Slip Keputusan Peperiksaan' tersebut akan digunakan semasa sesi pendaftaran kursus bagi sesi berikutnya(Sesi Disember 2011). (*Pengumuman Keputusan Peperiksaan melalui "SMS" tidak akan dikeluarkan pada semester ini)...Harap Maklum
Read More ..










